Pekerja Zoo terbunuh kena serang dengan Antelop terbesar dunia

Pekerja Zoo terbunuh kena serang dengan Antelop terbesar dunia

Pekerja Zoo terbunuh kena serang dengan Antelop terbesar dunia. Seorang pekerja taman hiburan di Sweden terbunuh akibat diserang seekor antelop terbesar di dunia ketika membawanya ke kandang, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pekerja itu ditanduk selepas waktu penutupan di Oland Animal and Entertainment Park hujung minggu lalu.

Rakan sekerjanya, Park Richard berkata, dia sedang membantu mangsa sebelum antelop itu tiba-tiba bertindak ganas.

Menurut Richard, mereka membawa haiwan itu ke dalam kandang apabila rakannya diserang dan ditanduk.

Pihak berkuasa memaklumkan bahawa kejadian itu disiasat sebagai ‘kes kemalangan di tempat kerja’ mengikut prosedur operasi standard.

Pekerja Zoo terbunuh kena serang dengan Antelop terbesar dunia

Pemilik taman haiwan yang terletak di Pulau Oland itu berkata, mangsa disahkan meninggal dunia pada Ahad lalu.

Identiti dan kerakyatan mangsa masih belum didedahkan buat masa ini, lapor akhbar The Sun.

BACA:

Kritik pemerintah Saudi isu hiburan melampau, Imam Masjidil Haram akhirnya diseksa begini

Kerajaan umum 3 ‘hadiah kemerdekaan’ khas untuk rakyat Selangor

Tindakan Shila Amzah campak gula-gula dari mulut masa tengah ‘live’ buat penonton terkejut

CATEGORIES