Pekerja Offshore kritik SOP baru, 6 minggu baru boleh jumpa keluarga

Oleh MHDAILY

Pekerja Offshore kritik SOP baru, 6 minggu baru boleh jumpa keluarga. Golongan pekerja luar pesisir (offshore) merayu kepada kerajaan supaya mengkaji semula arahan kuarantin selama 14 hari sebelum boleh bertemu keluarga selain mempercepatkan proses vaksinasi terhadap mereka.

Mereka mendakwa, prosedur itu ternyata menyusahkan kerana mereka telah disahkan negatif tetapi pekerja masih perlu menjalani kuarantin bersendirian selama 14 hari sebelum boleh pulang bertemu keluarga.
Seorang pekerja luar pesisir, Ruzaihan Junit, 45, mendakwa, tempoh berkurung selama dua minggu di hotel itu bagaikan penjara buat mereka yang mengejar masa untuk kembali bekerja di pelantar selepas dibenarkan bercuti untuk tempoh tertentu.

Pekerja

“Pekerjaan kami mengambil masa antara 14 hingga 28 hari. Apabila kami dikuarantin, masa untuk berjumpa dengan keluarga semakin berkurangan dan jika dicampur, jumlah hari kami berjauhan dengan keluarga ialah enam minggu.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Ini boleh menyebabkan kami mental (tertekan) kerana terpaksa bekerja semula di luar pantai berminggu-minggu tanpa dapat berjumpa ahli keluarga dan ini menyebabkan risiko untuk berlaku sesuatu yang tidak baik di pelantar semakin tinggi,” katanya yang telah bekerja dalam bidang itu selama 19 tahun.

Selain itu, dia memohon agar kerajaan mempercepatkan pemberian vaksin kepada pekerja luar pesisir bagi mengurangkan risiko jangkitan sekaligus mengembalikan semula kehidupan mereka seperti sedia kala.

Dia berkata demikian dalam sebuah video yang dimuat naik di Facebook kumpulan pekerja luar pesisir ketika sedang dikua­rantin di sebuah hotel.

Pendapat itu turut diakui oleh seorang lagi rakannya yang dikenali sebagai Aja Maidin Ibrahim, katanya, seorang rakannya tidak dapat menatap wajah bapa buat kali terakhir yang meninggal dunia ketika berada di pelantar.

“Kawan kami telah dihantar pulang dengan segera tetapi dia tidak sempat melihat jenazah bapanya kerana dikuarantin dan perlu menunggu keputusan ujian calitan selama dua hari.

“Walaupun pihak makmal be­kerjasama untuk segera melakukan ujian kepada rakan saya, tetapi dia masih tidak boleh pulang selagi keputusan kesemua pekerja yang pulang pada waktu itu (belum didapati) negatif. Akibatnya, dia pulang berjumpa keluarga selepas dua hari keputusan keluar,” katanya.

Tambahnya, ada juga rakannya yang terpaksa berhenti kerja kerana tidak mampu untuk berjauhan daripada keluarga selama enam minggu lebih-lebih lagi dia mempunyai anak golongan istimewa untuk dijaga.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen Facebook mendapati, pekerja luar pesisir lain turut meluahkan perasaan kecewa.

“Ada antara kami yang kena kuarantin selama 28 hari, macam mana pula? Pelaut macam kami yang berada di rantau orang, jumpa anak dan isteri pun jarang. Lagi-lagi masuk semula ke Malaysia kena lagi 28 hari kuarantin. Kalau kena kurung, gaji berjalan tidak mengapa juga,” keluh Azizi Koji.

“Kami tidak marah kuarantin, tetapi biarlah munasabah. Bagaimana pula dengan (kesihatan) mental pekerja semasa di laut? Jangan nanti terjadi perkara yang tidak diingini di pelantar baru nak kaji semula,” balas Khairul Afzam.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/07/06/jangan-sampai-kami-mental/

Jika Anda terlepas: ‘Take Away’ tidak mampu tampung kos kedai makan – Peniaga