Pejabat Parlimen Anwar pergiat usaha bantu warga emas daftar dan dapatkan vaksin

Pejabat Parlimen Port Dickson bersama Sukarelawan PD kini membuka satu talian hotline KHAS untuk membantu memudahcara warga emas, orang kurang upaya dan mereka yang tidak mempunyai akses untuk mendaftarkan diri bagi vaksin di Mysejahtera.

Talian ini juga adalah untuk membantu membawa para penerima vaksin yang mempunyai masalah pengangkutan untuk ke Pusat Vaksinasi Tempatan pada waktu dan hari temujanji yang telah ditetapkan.

Hubungi talian hotline Sukarelawan Port Dickson di 06-2230088

KHAS UNTUK WARGA PORT DICKSON SAHAJA

#SukarelawanPD