Peguam Zahid dakwa 47 pertuduhan adalah satu ‘penindasan’ berlebihan

Oleh MHDAILY

Peguam kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa 47 pertuduhan yang dikenakan terhadap anak guamnya itu sebagai satu bentuk ‘penindasan berlebihan’.

Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid turut mendakwa pendakwa raya menunjukkan ketidakadilan dengan memilih untuk mendakwa Ahmad Zahid dengan jumlah pertuduhan sebegitu.

Perkara itu dimaklumkan pada hujahan akhir perbicaraan membabitkan Ahmad Zahid, 68, yang berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Baca Artikel Penuh