Peguam terkenal rancang pembunuhan dirinya sendiri

pistol

Peguam terkenal rancang pembunuhan dirinya sendiri. Seorang peguam terkenal Amerika Syarikat (AS) yang kematian isteri dan anak lelakinya akibat dibunuh Jun lalu, berkomplot untuk mengarahkan seorang lelaki supaya membunuhnya.

Tindakan itu dibuat bagi membolehkan seorang lagi anak lelakinya mendapat tuntutan insurans nyawa AS$10 juta (kira-kira RM41 juta), kata pihak berkuasa.

Alex Murdaugh bagaimanapun terselamat dalam insiden tembakan di kawasan pedalaman Hampton di Carolina Selatan pada 4 September.

Pada Selasa, Curtis Edward Smith, 61, ditahan kerana mempunyai kaitan dengan kejadian itu, menurut Divisyen Penguatkuasaan Undang-Undang Carolina Selatan (SLED).

Dokumen didedahkan agensi berkenaan menjelaskan, Murdaugh terbabit dalam mengarahkan Smith untuk menembaknya.

Ini bagi membolehkan pampasan insuran nyawa diberi oleh syarikat insurans, lapor NBC.

Peguam itu didapati memberikan Smith pistol sebelum mengarahkan lelaki itu menembaknya.

Peguam

Murdaugh belum didakwa atas apa-apa kesalahan jenayah dan peguamnya, Richard Harpootlian enggan mengulas lanjut.

Keluarga Murdaugh mempunyai sejarah panjang dalam bidang guaman dan menjadi antara pendakwa raya terkenal sejak berdekad lamanya.

Media tempatan melaporkan pada 2019 keluarga itu berjaya ‘menyumbat’ ribuan orang dalam penjara selain ramai lagi yang dijatuhi hukuman mati.

Tahun demi tahun, firma guaman keluarga itu berjaya memenangi jutaan dolar dalam kes saman sivil.

Namun pada 7 Jun lalu, Murdaugh menemukan isterinya Maggie dan anak lelakinya Paul dalam keadaan tidak bernyawa di ladang perburuan di Carolina Selatan.

Pada masa itu, keluarga itu berdepan tuntutan saman berhubung satu kes kematian.

Beberapa hari selepas insiden 4 September itu, Murdaugh berkata, dia meletak jawatan dalam firma guaman untuk mendapatkan rawatan kerana ketagihan dadah.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/global/amerika-utara/2021/09/755826/peguam-kantoi-rancang-pembunuhan-diri-sendiri

BACA: Panas !!! 5 kes positif Covid-19 berjaya dikesan libatkan pelancong ke Langkawi

COMMENTS

Wordpress (0)