Peguam negara akhirnya buka mulut beri penjelasan kenapa Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa bebas

Permohonan Jabatan Peguam Negara untuk melepas tanpa membebaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan pecah amanah,

Rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya, dibuat berdasarkan alasan yang dikemuka dan diterima oleh mahkamah.

Jabatan Peguam Negara menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah,

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Peguam negara akhirnya buka mulut beri penjelasan kenapa Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa bebas

yang membuat keputusan terbabit sudah menyatakan alasan dikemuka pihak pendakwaan adalah kukuh.

“Merujuk kepada laporan media bahawa tindakan Peguam Negara untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Ahmad Zahid sebagai tidak bermoral, jabatan ini ingin menegaskan permohonan untuk melepas tanpa membebaskan dibuat kepada mahkamah berdasarkan kepada alasan- alasan yang dikemuka dan telah pun diterima oleh mahkamah.

“Semasa membuat keputusan tersebut, hakim menyatakan alasan-alasan yang dikemuka oleh pihak pendakwaan adalah kukuh (cogent),” katanya.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri itu daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah, melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid, 70 selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid pada peringkat ini.

Pihak pendakwaan mengemukakan 11 alasan ketika memohon kepada mahkamah.

BACA: Faham dengan kos sara hidup masa kini, restoran ini dipuji netizen kerana tawar gaji RM11,000 sebulan