Peguam Najib beri bukti Tengku Maimun berat sebelah

Oleh MHDAILY

Peguam Najib beri bukti Tengku Maimun berat sebelah. Peguam utama Najib Razak berhujah tindakan ketua hakim negara membenarkan penangguhan untuk “Walk of Justice” Badan Peguam menunjukkan Tengku Maimun Tuan Mat berat sebelah dalam rayuan SRC International Najib Razak.

Hisyam Teh Poh Teik berkata, penangguhan yang diberikan untuk acara itu, bagi menyokong hakim Nazlan Ghazali, yang mengetuai perbicaraan SRC International di Mahkamah Tinggi, menunjukkan Tengku Maimun mungkin tidak dapat meneliti permohonan baharu Najib supaya beliau menarik diri dengan fikiran terbuka.

Jun lalu, peguam mengundi menyokong resolusi Badan Peguam dalam mesyuarat agung luar biasanya bagi mengutuk siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas Nazlan.

Baca Artikel Penuh