Peguam ini dedah kenapa urusan beli rumah makan masa sampai 10 bulan tak sama macam beli motor, seminggu boleh settle
Memiliki rumah sendiri adalah impian semua orang, mudahlah untuk kita ubah itu dan ini jika dibandingkan dengan kita menyewa.
Namun, untuk mendapatkan rumah sendiri bukanlah hal yang mudah, banyak faktor yang perlu dititik beratkan terutamanya kewangan yang stabil.
Selain itu, kita juga perlu menunggu mengikut kadar waktu tertentu dalam tempoh menerima kunci rumah, ada yang perlu tunggu agak lama dan ada yang hanya perlu menunggu dalam tempoh yang singkat.
Pernah terfikir tak? kebiasaannya rumah yang berada di kawasan luar bandar lebih cepat prosesnya. Menjawab isu ini, kami sertakan perkongsian dari laman Facebook Syazwan Mohd Jafri, seorang peguam hartanah di Malaysia.
Ikuti perkongsian di bawah, semoga bermanfaat.
FAMILY DI KAMPUNG JUAL RUMAH 3 BULAN JE SELESAI, KENAPA SAYA DI BANDAR SAMPAI 10 BULAN? (Fahami tempoh masa (timeline) penyelesaian jualbeli rumah)
Jika anda ada keluarga/saudara/kawan yang pernah jual/beli rumah, pasti pernah dengar ayat sebegini. Maka, anda pasti tertanya-tanya kenapa terdapat perbezaan dalam tempoh masa selesai urusan setiap urusan jualbeli. Jadi apakah faktor-faktor yang mempengaruhi perbezaan tempoh tersebut? Perkongsian singkat hari ini.
FAKTOR PERTAMA – JENIS TANAH LEASEHOLD ATAU FREEHOLD
Leasehold – Kebiasaannya mempunyai sekatan kepentingan dan perlu dapatkan kebenaran pihak berkuasa negeri untuk jual dan pindahmilik (biasa kita dengar, consent application) dan proses ini kebiasaannya mengambil masa 1 hingga 3 bulan.
Freehold – Kebiasaannya straightforward. Tidak perlu consent application dan hartanah freehold lah yang biasanya akan selesai dalam tempoh 3 bulan.
FAKTOR KEDUA – HARTANAH MASIH BERHUTANG DENGAN BANK
Berkait dengan faktor pertama, jika tanah leasehold, sebelum memasuki consent application, peguam perlu mendapatkan antaranya : surat tiada bantahan dari bank (yang penjual berhutang) dan penyata baki.
FAKTOR KETIGA – JENIS HAKMILIK (TITLE) MASTER, STRATA OR INDIVIDUAL TITLE
Bagi hartanah yang masih master title, pasti akan mengambil masa yang lagi lama untuk selesai. Hal ini kerana peguam perlu mendapatkan kebenaran pemaju untuk urusan pindahmilik (di sini lah biasa kita akan dengar direct atau double transfer) ke atas pembeli. Jika strata/individual title maka tiada berdepan situasi sebegini.
INFO TAMBAHAN
Jika hartanah kategori low-cost, tempoh masa akan turut bertambah kerana consent low-cost perlu didapatkan terlebih dahulu.
Elakkan dari hilangkan geran. Proses mendapatkan geran baru dari pejabat tanah boleh mengambil masa sehingga 6 bulan.
KESIMPULAN
Jika dapat beli tanah freehold, penjual tiada hutang, dan geran lengkap ada, memang singkat lah urusannya.
Mudah segalanya. Namun realitinya bagi yang menetap di kawasan bandar, setiap hartanah berbeza keadaannya.
Justeru itu, eloklah kita fahami situasi ini dan smanage expectations kita.