Peguam ini dedah 22 bulan sahaja Mujahid jadi Menteri Agama 3 RUU besar berjaya digubal tanpa polemik

Mujahid

Peguam ini dedah 22 bulan sahaja Mujahid jadi Menteri Agama 3 RUU besar berjaya digubal tanpa polemik.Apa yang tidak dituduh kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH)?

Liberal. Gagal menjaga Islam. Orang Islam terpinggir, bukan Islam menguasai kerajaan. Semua cukup. Semua label negatif sudah ditempek oleh pembenci PH semasa PH menjadi kerajaan. Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ketika itu; DS Dr. Mujahid Yusof telah secara terbuka diserang dengan begitu teruk sekali.

Segala usaha dan kejayaan mengangkat martabat Islam di zaman PH telah ditenggelamkan dengan api fitnah perkauman dan agama. Usaha Dr. Mujahid dan pasukannya diperleceh dan dipandang sangat negatif.

dedah

Sedangkan pada hakikatnya di zaman PH; dua akta baru dan satu pindaan akta lama demi memperkasa Islam siap. Tanpa sebarang bangkangan dari mana-mana parti komponen PH. Tanpa perlu sebarang perhimpunan di mana-mana padang.

Pada 10/4/2019 Dewan Rakyat meluluskan RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2018. Pindaan melibatkan kepentingan Maahad Tahfiz di Malaysia.

Pada 31/7/2019 pula Akta Profesyen Guaman Syarie 2019 siap dibentang di parlimen dan lulus.

Manakala RUU Wakaf 2020 pula siap digubal, sudah masuk dalam agenda sidang parlimen yang sepatutnya bermula 9/3/2020. Malangnya 24/2/2020 tebuk atap berlaku dan kerajaan PH jatuh. Tak sempat lulus.

Tapi cerita Kerajaan sekarang yang mendakwa sebagai Kerajaan Melayu Islam sangat berbeda. Baru Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersungut nak buat beberapa akta; dengan lantang segera dicantas oleh parti komponen mereka sendiri.

Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) dengan tegas memberi peringatan. Di sokong Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) yang berkata, setakat ini, RUU yang dicadangkan berkaitan agama Islam oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), tidak pernah dibawa ke Kabinet, sama ada untuk perbincangan atau persetujuan. Presiden PBS juga menyuarakan bantahan yang sama.

18 bulan sebelum ini sudah berlalu begitu sahaja di bawah kerajaan sekarang tanpa ada sebarang hasil demi meningkatkan kedudukan Islam di Malaysia. Slogan yang diteriakkan ternyata hanya tinggal retorika kosong penyedap telinga ketika ceramah.

Berbanding dengan hasil yang dibuat oleh kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan; Kerajaan yang telah masuk bulan ke 19 ini masih belum menatijahkan apa-apa. Dan tidak nampak sebarang tanda-tanda bakal ada sebarang hasil, kecuali menanam tebu di bibir mulut sahaja.

Sumber:

BACA: Bilangan penganggur makin meningkat – Jabatan Perangkaan Malaysia