Pegawai kerajaan ‘diharamkan’ beri kenyataan

Pegawai kerajaan ‘diharamkan’ beri kenyataan. Pegawai awam terutama ketua jabatan atau agensi dilarang memberi kenyataan awam secara lisan atau bertulis. khususnya membabitkan dasar, rancangan atau keputusan kerajaan mengenai sesuatu isu.

Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Melaka, Datuk Zaidi Johari, berkata ketua jabatan hanya dibenarkan membuat kenyataan awam selepas isu atau maklumat yang ingin diuar-uarkan itu mendapat kebenaran daripada SUK.

“Sebagai contoh, maklumat berkaitan operasi tangkapan khalwat, kita serahkan kepada ketua jabatan iaitu Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Kalau JAIM fikir boleh uar-uarkan untuk hebahan media, maka kita benarkan.

“Proses mendapatkan kebenaran daripada SUK bagi sesuatu maklumat untuk diuar-uarkan boleh dibuat menerusi telefon secara terus, tidak perlu surat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka dan Pelancaran Tabung Hari Pahlawan 2022 di Seri Negeri, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas amanat Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, berkaitan larangan berkenaan menerusi teks ucapannya yang dibaca EXCO Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Rahmad Mariman pada perhimpunan itu.

Pegawai kerajaan 'diharamkan' beri kenyataan

Baca Artikel Penuh