[VIDEO] PDRM lancar kereta peronda polis dengan iCOPS, mampu kesan saman dan waran tangkap

Oleh MHDAILY

Pihak PDRM kini mempunyai sehingga 40 buah kereta peronda polis dengan iCOPS, teknologi terbaru yang mampu mengimbas nombor pendaftaran kenderaan sambil memeriksa sebarang kesalahan seperti saman tertunggak, waran tangkap, nombor pendaftaran palsu, dan rekod jenayah curi.

Terbaru, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim berkata, PDRM akan menggerakkan kereta peronda polis dengan iCOPS secara besar-besaran di seluruh Malaysia bermula Januari 2022.

PDRM lancar kereta peronda polis dengan iCOPS, mampu kesan saman dan waran tangkap

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Penambahan sebanyak 20 unit iCOPS yang diperolehi oleh pihak PDRM pada tahun lalu telah meluaskan lagi skop operasi dan tugas anggota.”

“iCOPS menggunakan teknologi kamera Automated Number Plate Recognation (ANPR) sejak 2015 dan ketika itu lebih tertumpu kepada mengesan kesalahan trafik sekitar Lembah Klang.

“Pada tahun lalu, fungsi iCOPS dipertingkatkan dengan menyimpan data saringan kenderaan bagi membina pangkalan profil data dalam Pusat Data iCOPS,” katanya ketika ditemui pemberita Kosmo selepas majlis memperkenalkan iCOPS di pekarangan Hotel Seri Malaysia.

Operasi imbas nombor plat dengan iCOPS secara besar-besaran bermula tahun 2022! 02

Antaramuka iCOPS sedang berfungsi

Data kenderaan yang diperolehi melalui saringan nombor pendaftaran menerusi iCOPS boleh dihubung silang dengan pangkalan data iCOPS JSPT secara mudah. Sistem ini membantu pihak polis mengesan pesalah trafik dengan lebih efisien.

Diharapkan penggunaan iCOPS dapat mengurangkan lagi salah laku jalan raya secara mendadak agar pengguna jalan raya mampu berasa selamat dan memandu secara berhemah.

BACA JUGA : Keluarga Malaysia : Petugas PTPTN mula pelajari bahasa Mandarin
Gempar !!! Pesawat Israel berjaya mendarat di tanah Arab Saudi buat kali pertama dalam sejarah