Pavillion Bukit Jalil dijual harga RM2.2 billion

Pavillion Bukit Jalil dijual harga RM22 billion

Pavillion Bukit Jalil dijual harga RM2.2 billion. Pavilion Real Estate Investment Trust (Pavilion REIT) bercadang untuk membeli Pavilion Bukit Jalil Mall (PBJ) daripada Regal Path Sdn Bhd dengan pertimbangan belian sebanyak RM2.2 bilion.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, katanya Regal Path akan menjual satu blok pusat beli-belah runcit lima tingkat dengan dua aras tempat letak kereta bawah tanah yang terletak di Bukit Jalil City, Kuala Lumpur berserta aset dan hak berkaitan.

Pavilion REIT akan turut membeli harta alih tambahan bagi operasi PBJ Mall termasuk komputer riba, bugi dan platform kerja mengangkat mudah alih (pembelian sampingan).

“Pertimbangan belian bagi pembelian sampingan itu akan berpandukan kepada jumlah nilai buku bersih aset berkenaan pada tarikh ia selesai. Pada tarikh praktik terkini, jumlah nilai buku bersih aset-aset ini dianggarkan kira-kira RM3.4 juta,” katanya.

Regal Path ialah syarikat usaha sama anak syarikat milik penuh Malton, Khuan Choo Realty Sdn Bhd; anak syarikat milik penuh Qatar Investment Authority, Q PBJ Sdn Bhd; dan Tan Sri Desmond Lim menerusi syarikat persendiriannya, Jelang Tegas Sdn Bhd.

Pavillion Bukit Jalil dijual harga RM2.2 billion

Malton berkata, penjualan itu dijangka tidak menyebabkan syarikat itu muncul sebagai syarikat PN17 seperti yang ditakrifkan di bawah Keperluan Penyenaraian.

Penjualan itu adalah sejajar dengan strategi Malton yang sentiasa menilai portfolio pelaburannya dan memburu peluang untuk membuka dan merealisasikan nilai pelaburannya untuk kebaikan pemegang saham.

Susulan pembelian itu, Pavilion REIT turut berhasrat melaksanakan cadangan penempatan saham unit baharu untuk meraih sehingga RM1.27 bilion pada harga terbitan yang akan ditentukan kelak menerusi proses penetapan harga.

Katanya, cadangan penempatan saham itu dijangka dilaksanakan menerusi dua tranche bagi penyelesaian pertimbangan belian PBJ iaitu Tranche 1 yang menyasarkan untuk mengumpul hasil sebanyak RM720 juta untuk digunakan sebagai sebahagian daripada bayaran tarikh siap berjumlah RM650 juta dan perbelanjaan (RM70 juta).

“Penempatan Tranche 2 pula menetapkan sasaran untuk mengumpul sehingga RM550 juta untuk bayaran membaiki kerosakan (RM50 juta), bayaran hak milik strata (RM100 juta) dan bayaran baki akhir (RM400 juta),” katanya.

BACA:

“Ramai yang minta saya promosi produk besarkan payudara dan punggung” – Puteri Balqis

Shuk kena bahan dengan Abby Abadi depan-depan, “bila nak kahwin dengan Fara?”

Tun Mahathir keluar kenyataan media pertama selepas kalah teruk

CATEGORIES