Patutlah malam tadi berdentum dentam bunyi mercun, masyarakat Hokkien sambut ini rupanya

Patutlah malam tadi berdentum dentam bunyi mercun, masyarakat Hokkien sambut ini rupanya. Hari ke-9 Tahun Baru Cina, adalah hari sambutan Phai Thien Kong, yang turut dianggap sebagai ‘tahun baru’ bagi masyarakat etnik Hokkien dengan menyembah Maharaja Jed.

Untuk yang tidak tahu, di Malaysia ada 6 kumpulan etnik utama bangsa cina: Hakka, Kantonis, Hokkien, Hailam, Teochew dan Hainan. Perbezaan ini berdasarkan daerah berbeza di Tanah Besar China sebelum penghijrahan berlaku.

Berbalik kepada sambutan Phai Thien Kong (terjemahan mudah: Menyembah Tuhan Syurga), sejarahnya secara ringkas ketika zaman dahulu kala, berlakunya pembunuhan beramai-ramai etnik Hokkien di Tanah Besar oleh tentera. Masyarakat Hokkien yang selamat ketika itu berjaya bersembunyi di ladang tebu pada hari 8 & 9 Tahun Baru Cina.

Kebetulan, tarikh berkenaan juga merupakan hari ulang tahun Maharaja Jed (Thien Kong). Maka mewujudkan satu kepercayaan bagi mereka bahawa yang menyelamatkan mereka ketika itu adalah beliau. Justeru, menjadi satu amalan ketika menjelang hari ke 9 ini untuk masyarakat etnik Hokkien untuk sembahyang, merafak kesyukuran bagi mendoakan tahun baik yang mendatang.

Patutlah malam tadi berdentum dentam bunyi mercun, masyarakat Hokkien sambut ini rupanya

Ada pelbagai amalan dilakukan malam ini yang bermula pada jam 11. Kalau anda perasan, elemen pokok tebu ada terselit dalam ritual sembahyang mereka. Dan sudah pasti, kedengaran mercun dan bunga api malam ini. Jadi, dengan ada kefahaman begini, anda faham kenapa mercun dinyalakan lewat malam.

Itu tanda bermulanya hari ke-9 dan survival masyarakat Hokkien dari sejarah berdarah lampau.

Nota: Ini berdasarkan perkongsian rakan pejabat. Itulah uniknya Malaysia. Pelbagai kaum, pelbagai cerita.

BACA JUGA :

Suntikan vaksin Covid-19 di Sekolah akan dilaksana – Khairy

Malaysia punyai lokasi seakan ‘Amazon’ di Terengganu

14 negara ini bakal hancur jika Rusia dan Ukraine berperang