Patutlah Doktor larang kanak-kanak bawah usia 5 tahun dari pegang tablet, ini sebabnya
Ramai ibu bapa mendedahkan anak-anak kecil dengan gadjet sehingga akhirnya anak-anak menjadi sukar untuk berenggang dengan alatan elektronik walaupun hanya sebentar.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanak-kanak berusia 2 hingga 4 tahun tidak dibenarkan menghadap skrin elektronik lebih sejam dalam sehari
Manakala bayi berusia kurang 1 tahun tidak boleh didedahkan sama sekali.
Kanak-kanak bawah usia 5 tahun patut aktif melakukan kegiatan fizikal dan mendapat tidur secukupnya bagi memupuk tabiat baik sepanjang hayat dan mengelakkan kegemukan serta penyakit lain pada umur lebih dewasa.
Menghadap skrin elektronik juga termasuk menonton televisyen atau video dan bermain permainan komputer.
Bagi membentuk tabiat semasa usia kanak-kanak, remaja dan dewasa, melakukan aktiviti sihat, tingkah laku tidak aktif dan tabiat tidur perlu ditetapkan pada usia awal.
Kanak-kanak antara usia 1 hingga 4 tahun sepatutnya meluangkan masa sekurang-kurangnya 3 jam dalam pelbagai jenis aktiviti fizikal sepanjang hari. Bayi berusia 1 tahun pula patut berinteraksi dengan permainan lantai dan mengelakkan semua jenis skrin.
bahaya dedah skrin pada kanak-kanak
Sumber: Inspirasipagi
Tingkah laku tidak aktif merupakan faktor risiko kematian dan boleh menyebabkan peningkatan kes kegemukan di serata dunia.
“Tingkah laku tidak aktif, sama ada menggunakan kenderaan bermotor dan tidak berjalan atau berbasikal, duduk di meja ketika di sekolah, menonton televisyen atau bermain permainan yang tidak aktif berasaskan skrin semakin tersebar luas dan dikaitkan dengan hasil kesihatan yang tidak baik,” kata WHO.
Tempoh tidur yang sedikit dalam kalangan kanak-kanak berkait dengan tempoh menonton TV dan bermain permainan komputer secara berlebihan.
Tidur yang tidak mencukupi dalam kalangan kanak-kanak dikaitkan dengan peningkatan lemak berlebihan yang diukur mengikut indeks jisim tubuh (BMI).
Maka, ibu bapa perlulah prihatin dalam penjagaan kanak-kanak di awal usia demi masa depan mereka.
BACA: