“Patutlah beria nak lepak kedai mamak tengok bola, padahal kat rumah ada je Astro, rupanya nak cek in dengan janda tempat kerja dia!”

Kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga bukan lagi isu asing yang sering kita dengari terutamanya dalam kalangan suami isteri.

Bahkan, orang ketiga juga merupakan salah satu punca berlakunya keretakan rumah tangga hingga membawa kepada perceraian.

Baru-baru ini, seorang wanita berdepan satu situasi di mana dia berjaya menangkap suaminya berlaku curang dengan wanita lain yang berstatus janda.

"Patutlah beria nak lepak kedai mamak tengok bola, padahal kat rumah ada je Astro, rupanya nak cek in dengan janda tempat kerja dia!"

Tak dapat digambarkan betapa hancurnya hati seorang isteri apabila suami yang dicintai dan dipercayai sepenuh jiwa dan raga tergamak bermain kayu tiga bersama wanita lain.

Difahamkan, orang ketiga itu merupakan rakan sekerja si suami. Lebih memilukan apabila si suami dan kekasih gelapnya itu bertindak di luar batasan dengan check in di sebuah hotel di Indonesia.

Baca Artikel Penuh