‘Pass MyRaillife’, pelajar sekolah dan OKU layak nikmati perjalanan percuma KTMB

‘Pass MyRaillife’, pelajar sekolah dan OKU layak nikmati perjalanan percuma KTMB. Murid tahun satu hingga pelajar tingkatan enam dan Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak perlu lagi membayar tambang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bermula semalam.

Perkhidmatan percuma yang diperkenalkan menerusi Inisiatif MyRailLife itu boleh digunakan tanpa had bagi perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang, Utara dan Perkhidmatan Shuttle Timuran.

Bagi KTM Komuter sektor Lembah Klang, ia terdiri daripada laluan Pulau Sebang – Batu Caves – Pulau Sebang dan laluan Pelabuhan Klang – Tanjung Malim- Pelabuhan Klang.

'Pass MyRaillife', pelajar sekolah dan OKU layak nikmati perjalanan percuma KTMB

Sementara, bagi perkhidmatan Komuter sektor tara laluan Padang Rengas – Butterworth – Padang Rengas dan laluan Butterworth – Padang Besar – Butterworth. Perkhidmatan tren KTM Shuttle Timuran (DMU) ialah bagi sektor laluan Gemas – Tumpat – Gemas.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, selain memanfaatkan pelajar sekolah dan OKU, pas percuma itu dapat meringankan beban kewangan ibu bapa selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengawal kos sara hidup.

Baca Artikel Penuh