Pasangan suami isteri kena penjara sebab dera anjing sendiri. Sepasang suami isteri dipenjara selama tiga bulan.
Dan dilarang memelihara haiwan seumur hidup kerana menyebabkan seekor anjing peliharaan mereka hampir mati kelaparan di Britain.
Hukuman tersebut dikenakan selepas Kerry Patterson, 35, dan Reece Milburn, 30, mengaku bersalah kerana mengabaikan haiwan peliharaan mereka.
[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]
Difahamkan, penahanan dilakukan selepas penipuan kedua-dua mereka yang kononnya menemui seekor anjing bernama Tiggy di tepi jalan terbongkar.
Tiggy berada dalam keadaan kurus kering dan kelihatan tulang semasa ditemukan
Ia susulan orang ramai misi mencari pemilik Tiggy dan hasil pencarian menemukan mereka berdua sebagai pemilik.
Terdahulu, pegawai kebajikan haiwan dari Majlis Daerah Northumberland yang merawat Tiggy memberitahu, keadaan anak anjing itu sangat mengerikan dan ia adalah kes paling teruk dalam tempoh 15 tahun perkhidmatannya.
“Tiggy berada dalam keadaan kurus kering dengan tulang rusuk yang menonjol semasa ia ditemukan di rumah pasangan berkenaan di Blyth pada Disember 2019.
“Dia dehidrasi teruk sehingga menjadi sangat lemah dan tidak dapat berdiri selain turut mengalami dermatitis serta serangan hama,” ujarnya. – Metro
Tonton:
Baca:
Akhirnya Fikry mengaku ada ‘hubungan istimewa’ dengan Rita
Terkini !!! Rafizi umum kembali ke gelanggang politik
Khas untuk wanita : Hadiah RM125,000 dari Bank Rakyat, jom rebut peluang!
[/bg_collapse]