Pas ucap tahniah kepada isteri menteri dilantik KPPM baru

Oleh MHDAILY

Lajnah Pendidikan PAS Pusat merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Datin Sri Hajah Nor Zamani Abdol Hamid di atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) yang baharu.

“Pelantikannya ketika negara berhadapan pendamik Covid-19 merupakan satu cabaran yang menuntut komitmen, kreativiti serta kesungguhannya bagi memastikan hala tuju dasar pendidikan negara mencapai sasaran,” ujar Pengerusinya, Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan.

Beliau berkata, pihaknya yakin bahawa dengan keilmuan serta pengalaman yang dimilikinya, Nor Zamani dapat mengepalai warga kerja di Kementerian Pendidikan menuju kecemerlangan.

Baca Artikel Penuh