Pas terpinggir di Negeri Sembilan, Bersatu dominasi agihan kerusi PN

Pas terpinggir di Negeri Sembilan, Bersatu dominasi agihan kerusi PN.

Perikatan Nasional (PN) menyasarkan menang sekurang-kurangnya 19 kerusi pada PRN untuk membentuk kerajaan di Negeri Sembilan.

Pengerusi PN negeri, Eddin Syazlee Shith berkata, gabungan itu sudah mengenal pasti kerusi yang boleh dimenanginya.

Pas terpinggir di Negeri Sembilan, Bersatu dominasi agihan kerusi PN

Katanya, Bersatu dijangka mendominasi agihan kerusi PRN di Negeri Sembilan berbanding rakan sekutunya PAS dan Gerakan.

“Antara kita sudah bersetuju, memang sebagai parti yang memimpin di Negeri Sembilan, kita (Bersatu) akan diberikan kerusi lebih, tapi saya fikir ia tidak terlalu banyak beza dengan PAS atau Gerakan.

“Ini kerana Bersatu mempunyai calon dalam kalangan ahli bersekutu yang mungkin bertanding di kerusi mempunyai saingan lebih dominan seperti di kawasan bukan Melayu,” katanya menurut Berita Harian.

Eddin yang juga ketua Bersatu Negeri Sembilan berkata, PN sedia menghadapi PRN yang dijangka diadakan sekitar Julai atau Ogos ini.

Katanya, persiapan PN negeri berjalan lancar, termasuk dari segi pembahagian kerusi.

BACA: 

“Dah jatuh talak ni, kita dah kena pergi mahkamah”, isteri gigil baca chat gatal suami sambil nangis undang sebak netizen

Tengah dukung anak tiba-tiba ramai awek Turkiye datang kerumun nak tangkap gambar tapi bapa pula yang perasan lebih