Pas siap sedia hadapi PRN Melaka – Hadi

Pas bersedia mengadapi sebarang kemungkinan termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu mengikuti perkembangan politik di Melaka dan melahirkan kekesalan di atas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka secara luar jangka dalam tempoh pemulihan pandemik.

Perlis jadi sasaran PAS – Air Times News Network

“Namun Pas menyatakan kesediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuklah mendepani pilihan raya negeri (PRN) sekiranya dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, kata Abdul Hadi, Pas telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Induk PRN Melaka bagi merangka strategi menghadapi pilihan raya tersebut.

Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dengan dibantu oleh Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat dan Badan Perhubungan Pas Negeri Melaka.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/10/06/pas-sedia-hadapi-prn-melaka-hadi/

BACA JUGA : Gadis demand hantaran RM141 ribu, ini senarai perkara beliau mampu lakukan

COMMENTS

Wordpress (0)