Pas setuju cadangan ‘Grand coalition’ Annuar, strategi untuk kukuhkan PN

Oleh MHDAILY

Pemimpin PAS menyambut baik cadangan gabungan besar politik yang dicadangkan oleh Setiausaha Agung BN, Annuar Musa.

Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah berkata, ia satu cadangan yang baik demi kepentingan negara dan rakyat.

“Pada pandangan saya ia satu cadangan yang baik. Pertama kalau dari segi politik untuk perkukuhkam Perikatan Nasional (PN).

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Kedua, untuk kebaikan negara dan kepentingan rakyat yang lebih utama,” katanya kepada media ketika di temui pada program Wacana Memartabatkan Legasi Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu, Annuar yang juga anggota Parlimen Ketereh mencadangkan pembentukan gabungan politik besar (grand coalition) membabitkan parti-parti politik yang menolak Pakatan Harapan (PH).

Katanya, sudah terlalu lama politik negara berlegar di sekeliling dua tiga personaliti bagi mempertahan atau menentang individu tertentu.

“Cukup-cukuplah. Malah penyatuan ummah tidak harus terbatas setakat Umno, PAS, Bersatu.

“Saya ingin menganjurkan pembentukan suatu grand coalition yang melibatkan sekurang-kurangnya 12,13 parti politik yang sealiran,” katanya di Facebook hari ini.

Sementara itu Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata, PAS memberi sokongan penuh terhadap Belanjawan 2021 yang kini dalam peringkat perbahasan di Dewan Rakyat.

Menurutnya, sebarang teguran dan pandangan yang dikemukakan dalam sesi perbahasan adalah perkara biasa.

“Kita bersama dengan kerajaan PN dan perdana menteri, jadi belanjawan kita akan sokong.

“Walaupun dalam perbahasan ada teguran dan pandangan terhadap bajet, itu perkara biasa,” ujarnya.

Mohd Amar berkata PAS berharap semua ahli parlimen termasuk pembangkang boleh menyokong belanjawan itu.

“Kami dulu sebagai pembangkang pun ada perkara yang kita tidak puas hati dan kita suarakan semasa perbahasan.

“Banyak pandangan yang dikemukakan oleh PAS dan DAP pada masa itu dan diambil kira serta dilaksanakan oleh kerajaan,” jelasnya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/551110