Pas sanggup kalah PRU15, setia bersama Perikatan Nasional

Pas sanggup kalah PRU15, setia bersama Perikatan Nasional. Pas tidak gentar serta bersedia berhadapan dengan risiko sekiranya tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) jika terus kekal dengan Perikatan Nasional (PN) tanpa gabungan parti lain.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kesediaan parti itu mengharungi senario itu adalah berdasarkan hasil kajian yang dilakukan melalui tiga Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lepas.

Menurut beliau, hasil daripada tiga PRN iaitu di Sabah, Melaka dan Johor, Pas mendapati pengundi yang memangkah gabungan Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 tidak lagi berbuat demikian.

“Kita dapati, pengundi tidak mengundi PH (di tiga PRN). Sama ada mereka mengundi kita atau mereka tidak mengundi… mereka (juga) tidak mengundi Barisan Nasional (BN), jumlah sangat besar dan undi kita (Pas) naik di Melaka.

Baca Artikel Penuh