Pas mengalah, tak letak calon di kerusi Umno, Bersatu nak tanding

Oleh MHDAILY

Pas mengalah, tak letak calon di kerusi Umno, Bersatu nak tanding.PAS beri jaminan parti itu tidak akan meletakkan calon di kerusi yang bakal ditandingi UMNO dan BERSATU pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, walaupun berdepan kemungkinan jumlah kerusi ditandingi mereka jauh lebih kecil berbanding Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), namun keputusan itu dicapai dalam usaha PAS mengelak pertandingan tiga penjuru demi mengukuhkan kerjasama dan muafakat ummah antara ketiga-tiga parti.

Sambil menegaskan tidak berbangkit isu PAS bakal kehilangan banyak kerusi yang boleh ditandingi pada PRN nanti, beliau berkata, jumlah kerusi diperoleh parti itu bergantung kepada rundingan ketiga-kita parti kerana PAS lebih mementingkan kemenangan di kerusi yang bakal ditandingi parti kerajaan.

Baca Artikel Penuh