Pas isytihar perang lawan Umno di Terengganu

Oleh MHDAILY

PAS Terengganu akan meletakkan calon di semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya UMNO negeri itu enggan meneruskan kerjasama dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Senator Datuk Husain Awang, berkata pihaknya mengambil langkah ke arah perpaduan ummah dengan ketiga-tiga parti Melayu perlu bergabung bagi memenuhi keperluan perubahan landskap politik negara ketika ini.

“PAS cuba menyelamatkan kuasa politik Melayu, bangsa, agama dan bukannya bersikap menyelamatkan individu atau parti dan kita (PAS) masih bersikap serta berpendirian begitu.

Baca Artikel Penuh