Pas terus istiqamah bersama Muhyiddin – Hadi

Pas terus istiqamah bersama Muhyiddin – Hadi

PAS istiqamah menyokong sepenuhnya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam memimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN) walaupun rakan parti itu dalam Muafakat Nasional (MN) menarik sokongan secara rasmi.

Presiden Abdul Hadi Awang berkata, PAS turut melahirkan kekesalan terhadap sebarang tindakan yang boleh menggugat kestabilan politik negara.

“Khususnya dalam keadaan kerajaan sedang berusaha menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi yang sedang melanda negara,” katanya dalam kenyataan.

pas istiqamah

Hadi berkata, sokongan PAS tidak berbelah bahagi termasuk 18 Ahli Parlimennya.

Katanya, PAS menyeru seluruh rakyat bersatu hati mendukung langkah kerajaan dalam menangani pandemik Covid-19, terutama bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang sedang dilaksanakan.

Umno secara rasmi menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin dan mahu presiden Bersatu itu meletakkan jawatan.

Perkara itu diumumkan Presiden Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media selepas mesyuarat lebih empat jam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, melewati tengah malam tadi.

Zahid berkata, MKT membuat keputusan itu selepas mendapati Muhyiddin gagal memuaskan garis panduan yang ia tetapkan pada 11 Mac 2020 sebagai syarat meneruskan sokongan kepada beliau.

Keputusan itu, tegasnya, “memenuhi mandat sebulat suara perwakilan” pada Perhimpunan Agung Umno 2020.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/08/pas-istiqamah-dengan-muhyiddin-selepas-rakan-mn-tarik-balik-sokongan/

BACA JUGA : Terkini !!! Pejabat PM sahkan Muhyiddin tidak menghadap Agong hari ini