Pas diminta jelaskan pendirian sokong Umno dan Bersatu dalam PRU15

Oleh MHDAILY

PAS diminta memperjelaskan kenyataannya mengenai sokongan terhadap Umno dan Bersatu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, tidak pasti sama ada Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Man merujuk sokongan yang akan diberikan terhadap penyandang kerusi parti itu atau kepada Ahli Parlimen yang menyandang kerusi di mana berlakunya pertembungan Umno dan Bersatu.

PAS adalah sebahagian daripada Perikatan Nasional (PN) pimpinan Bersatu dan turut mengadakan kerjasama dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN).

Baca Artikel Penuh