Pas digesa tampil calon lebih wibawa untuk tadbir kerajaan negeri Kelantan. Bila setiap kali diperkatakan mengenai kelemahan kerajaan Kelantan dibawa Pas, serta didedahkan apa-apa penyelewengan, ramai yang mahu kerajaan Kelantan ditukar. Itulah pendapat paling popular dan praktikal.
Kalau kerajaan sudah tidak berkeupayaan maka itulah tindakan sebaik-baiknya.
Ada dua masalah yang sering menjadi pertuturan untuk menunjukkan kelemahan dan ketidakmampuan kerajaan Kelantan mengatasinya waktu ini walaupun sudah mentadbir Kelantan untuk kali kedua selama 31 tahun. Pertama masalah air dan kedua masalah alam sekitar.
BACA JUGA : Lapisan ais di Antartika alami fenomena ‘menghilang’
Walaupun menukar kerajaan itu praktikal, tetapi masih ada kaedah lain untuk menjadikan kerajaan Kelantan bawah Pas berfungsi dengan baik. Caranya ialah dengan menyalin pemimpin yang ada kini kepada muka-muka baharu yang ada inovasi dan berfikiran terbuka melewati perkuk usang parti. Pilih mereka yang ada pengetahuan dan iktisad professional.
Sebahagian besar pimpinan Pas khasnya wakil rakyatnya, tidak pro dan cetek pengetahuan dan kurang bertanggungjawab sebagai kerajaan. Ada kalanya mereka tidak mengetahui apakah tugas dan tanggungjawab sebagai kerajaan melainkan mempertahankan parti.
Hanya beberapa orang sahaja pemimpin peringkat Exco yang cemerlang. Kalau boleh disebut yang nampak ke depan sedikit Exco Kesihatan. Exco lain lebih kepada menjadikan kerusi itu sebagai inkubator boleh menetaskan telur.
BACA JUGA : Netizen tercengang tengok video wanita makan mee panas keluar asap
Ada orang berharap kepada pembangkang untuk mengambil alih dan ganti Pas. Ini yang sebaik-baiknya. Tetapi apabila ditilik kepada individu dalam parti pembangkang mereka juga dua kali lima sahaja dengan pemimpin yang “rebek sayap” dalam Pas tadi. Apa lagi parti mereka sendiri jadi macam burung gembala kerbau yang “dikokok” lidahnya, pandai bercakap tetapi tidak tahu berbuat.
Dengan kapasiti yang ada, pengaruh yang makin “merenggeh” dalam parti pembangkang, kecuali Umno nampak tebal pengaruhnya tetapi juga wujud secara berpuak, ia tidak memberi jaminan pembangkang dapat menjadi galang ganti kepada Pas dalam pilihan raya akan datang.
Justeru sebaik-baiknya solusi Pas kena menyalin pemimpin mereka bagi menjadikan kerajaannya seperti yang diharapkan. Trims.
Sumber :