Pas berundur, beri laluan kepada Umno bertanding

Oleh MHDAILY

PAS seboleh-bolehnya mahu mengelak meletakkan calon bertanding di kerusi milik Umno pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, ia kerana PAS akan memberi laluan untuk bertanding di mana-mana kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi dominan kepada Umno.

β€œKita sebolehnya mahu mengelak bertembung sesama sendiri dengan Bersatu dan Umno, sebaliknya PAS akan tumpu kepada DUN yang belum dimenangi mana-mana parti.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Pas berundur, beri laluan kepada Umno bertanding

β€œTidak kiralah walaupun PAS hanya dapat lima kerusi, asalkan kita bersama dalam Perikatan Nasional (PN) dan memberi keutamaan kepada parti dominan bertanding,” katanya semalam.

Tuan Ibrahim berkata, beliau ada berbincang dengan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasa berkenaan dengan kedudukan kerusi pada PRN Melaka.

Katanya, dalam perbincangan itu, mana-mana kerusi DUN yang Umno tidak menang pada pilihan raya lalu, PAS akan letakkan calonnya bertanding.

β€œDengan syarat, Umno tidak bertanding di situ dan semua parti berkompromi. Tetapi, jika tidak dapat dielak (Umno tolak kerjasama dengan PN), kita terpaksa (berlawan),” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu Muktamar PAS ke-67 yang akan berlangsung selama dua hari di Terengganu pada 6 dan 7 November ini akan diadakan secara fizikal dan hibrid.

Menurutnya, kehadiran perwakilan dan jurucakap dihadkan sekitar 100 hingga 200 orang dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, manakala selebihnya akan mengikuti secara dalam talian di negeri serta kawasan masing-masing.

Mengulas mengenai bagaimana PAS akan menghadapi dua program besar serentak iaitu muktamar dan PRN Melaka, Tuan Ibrahim berkata, parti itu tidak ada masalah kerana pernah berdepan situasi sama sebelum ini.

Jelas beliau, kempen PRN Melaka boleh dilakukan menerusi media sosial berikutan larangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) kepada semua parti agar tidak mengadakan sebarang aktiviti Perhimpunan berkuatkuasa hari ini, 25 Oktober.

Menurutnya, walaupun semua pemimpin Pas berada di Terengganu, kempen boleh diadakan secara rakaman di negeri itu dan dipancarkan kepada jentera dan pengundi di Melaka.

β€œKita pernah alami situasi yang sama iaitu muktamar dan kebetulan juga ada pilihan raya. Ketika itu petugas terpaksa berkempen secara fizikal, sekarang kempen online sahaja, lagi mudah,” katanya.

BACA JUGA :Β Iktiraf Taliban : Kerajaan akan ambil kira pandangan Pas – Timb Menteri
Bekas adun dedah banyak terima tawaran untuk bertanding semula
Pokok tinggi antara punca capaian internet alami gangguan, kata Menteri