Pas arah ahli parlimen dan senator parti itu turun padang

Pas arah ahli parlimen dan senator parti itu turun padang

Pas mengarahkan semua ahli Parlimen dan senator daripada parti itu supaya segera turun padang bagi menggerakkan program Bantuan Bakul Makanan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia bagi menjaga kebajikan golongan terjejas akibat pandemik Covid-19 dengan memanfaatkan segala kemudahan disediakan.

Beliau berkata, peruntukan kerajaan kepada setiap ahli Parlimen termasuk penambahan RM300,000 melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) perlu dimanfaatkan sepenuhnya kepada rakyat yang memerlukan.

Menurutnya, Pas akan terus melaksanakan gerak kerja dakwah dan kebajikan atas dasar Islam mengajar umatnya untuk hidup bermasyarakat serta saling tolong-menolong.

“Pas juga telah menggiatkan bantuan kit makanan melalui Badan Perhubungan Pas negeri-negeri dan Pas kawasan-kawasan bagi membantu isi rumah yang terjejas akibat wabak Covid-19.

“Semoga usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan. Semua umat Islam diseru untuk terus berdoa agar wabak ini diangkat segera oleh ALLAH SWT,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Peruntukan RM300,000 Bantuan Bakul Makanan kepada ahli Parlimen

Dalam kenyataan sama, Tuan Ibrahim turut mengajak ahli Parlimen dan senator daripada Pas menghayati sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tabrani bermaksud: “Tidak termasuk orang mukmin (bagi) orang yang kenyang, sementara tetangganya kelaparan”.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/148185/BERITA/Nasional/Ahli-Parlimen-senator-Pas-diarah-turun-padang

BACA JUGA : Panas !!! 10 Adun Pas berpoligami dan ada yang tiga isteri, dedah blogger