Pas akan sokong apa jua keputusan Yang di-Pertuan Agong, kata Idris Ahmad

Oleh MHDAILY

Pas konsisten mempertahankan institusi diraja dan segala keputusan yang dilakukan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menjaga kedaulatan dan keamanan negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad berkata, Seri Paduka Baginda terbukti telah mentadbir negara dengan penuh adil lagi bijaksana dalam menguruskan wabak Covid-19 dan polemik politik yang berlaku.

Menurutnya, kebijaksanaan Seri Paduka Baginda yang berkenan mengisytiharkan Proklamasi Darurat pada 12 Januari 2021 merupakan keputusan tepat kerana ia amat penting bagi memastikan kerajaan dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap usaha menangani Covid-19.

Baca Artikel Penuh