Parti liar dalam kolam renang, 299 individu ditahan Polis

Polis menahan 299 individu termasuk 110 wanita ketika sedang leka menjalankan aktiviti parti liar susulan serbuan di kolam renang sebuah kelab persendirian terkemuka di Bukit Kiara malam tadi.

Serbuan dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields diketuai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Nasri Mansor.

Menurut laporan Berita Harian, dalam serbuan pada 10.50 malam tadi, sebahagian wanita yang ditahan mengenakan pakaian bikini dan sedang leka menari, mandi di dalam kolam serta berhibur.

Parti liar dalam kolam renang, 299 individu ditahan Polis

Seramai 299 yang ditahan terdiri daripada 158 lelaki dan 55 wanita warga asing, manakala 31 lelaki dan 55 wanita lagi adalah warga tempatan.

Seramai 299 yang ditahan terdiri daripada 158 lelaki dan 55 wanita warga asing, manakala 31 lelaki dan 55 wanita lagi adalah warga tempatan yang terbabit dalam kegiatan parti liar sejak pukul 4 petang itu.

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur turut menjalankan ujian air kencing bagi mengenal pasti sama ada individu yang menyertai parti berkenaan terbabit dalam penyalahgunaan dadah atau sebaliknya.

Difahamkan, setiap individu dikenakan bayaran RM60 untuk menyertai parti itu yang dijemput menerusi aplikasi media sosial dengan disediakan minuman keras dan makanan ringan.

BACA JUGA : Menyamar jadi polis samun barang kemas, dua beradik ditahan
Gempar !!! Dua ADUN positif Covid-19, sidang DUN Kelantan tangguh

Artikel ini disiarkan pada 06/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)