Parti Kuasa Rakyat diketuai abang Ismail Sabri pakai akronim ‘PKR’?

Oleh MHDAILY

Menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 15 yang akan diadakan selewat-lewatnya Julai tahun depan, sebuah lagi parti baru ditubuhkan dengan nama Parti Kuasa Rakyat.

Parti berbilang kaum itu diterajui oleh Kamarazaman Yaakob, abang kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob serta bekas presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya 1970an yang pernah menjadi tahanan ISA selepas memimpin demonstrasi memperjuangkan isu kemiskinan petani di Baling.

Dalam wawancara bersama Malaysiakini, Kamarazaman yang juga presiden penaja kepada Parti Kuasa Rakyat yang mesra BN berbicara tentang objektif utama partinya yang memperjuangkan golongan B40 dan M40 atau istilah umum politiknya, rakyat marhaen.

Baca Artikel Penuh