Parlimen bersidang secepat mungkin, adakah ia satu pandangan atau arahan Agong?

Parlimen bersidang secepat mungkin, adakah ia satu pandangan Agong dan Raja-Raja Melayu atau sebenarnya ia satu arahan kepada kerajaan?

Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat perdana menteri adalah TIDAK TERPAKAI sewaktu tempoh darurat berkuat kuasa.

Ini kerana sewaktu darurat, Ordinan Darurat adalah MENGATASI Perlembagaan Persekutuan seperti dinyatakan dalam Perkara 150 (6) dan (6A) Perlembagaan Persekutuan.

Sementara Seksyen 14 (1) (b) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 menyatakan:

“Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong”.

Ini jelas bahawa baginda berhak secara mutlak mengarahkan sidang parlimen dibuka tanpa perlu terikat dengan nasihat Perdana Menteri.

Dalam hal ini, Perdana Menteri dan kerajaan semasa adalah tertakluk sepenuhnya kepada titah baginda yang mengarahkan sidang parlimen diadakan secepat mungkin.

Maka, sebarang tindakan sama ada menafikan atau cuba melengah-lengahkan titah baginda ini adalah suatu PENDERHAKAAN kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

Sumber: