Panasonic bakal perkenal tempoh bekerja 4 hari seminggu

Panasonic bakal perkenal tempoh bekerja 4 hari seminggu.Demi meningkatkan kesejahteraan para pekerja, Panasonic – firma perindustrian milik Jepun ini mula menyertai pendekatan menawarkan tempoh bekerja selama 4 hari sahaja kepada petugas mereka.

Tindakan itu dilihat bertepatan untuk menyelaraskan keseimbangan rutin harian pekerja, di samping meningkatkan produktiviti mereka.

Selain Panasonic, beberapa firma gergasi turut melaksanakan penawaran cuti 3 hari seminggu kepada para pekerja. Antaranya seperti Yahoo Jepun dan Microsoft Jepun. Ternyata sekitar 90% petugas yang terlibat memberikan maklum-balas yang mengalakkan pada pelaksanaan ini.

Untuk makluman, tinjaun 2020 pada landskap ekonomi Jepun – hanya 8% syarikat Jepun menawarkan cuti lebih dari 2 hari kepada pekerja mereka. Bagi melonjakan kembali ekosistem pekerjaan, pengurusan tertinggi mula melihat penekanan kepentingan peribadi pekerja juga harus diutamakan.

Selain Jepun, pasaran antarabangsa seperti United Kingdom telah menunjukkan 60% firma perniagaan menerapkan tempoh bekerja selama 4 hari dan ternyata perolehan produktiviti meningkat serta penjimatan elektrik dicapai.

Namun harus diakui, penetapan tempoh bekerja yang lebih singkat ini harus diteliti mengikut jumlah jam bekerja, sektor yang terlibat dan kesannya terhadap pengeluaran sesebuah negara.

Antara sektor yang berdepan halangan tertinggi untuk melaksanakan aturan tersebut adalah logistik. Di mana ini memerlukan jumlah petugas yang tinggi untuk menampung pelaksanaan tersebut.

Setakat ini, Jepun dilihat mula menekankan penerapan tersebut. Isu ini dijangka akan menjadi salah satu aspek penting pada garis panduan dasar ekonomi Jepun yang akan diluluskan kelak pada Jun 2022.

BACA JUGA : Exco dikritik hebat kerana ‘claim’ peluang kerja di Selangor sebagai penuhi manifesto Pas Terengganu

Ada agamawan minta saya berhenti tegur perbuatan rasuah – Ustaz Pahrol Juoi

Rumah tokey arak diserbu… Duit basah lencun simpan dalam tangki air

Artikel ini disiarkan pada 11/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)