Panas !!! Ziarah kubur : Ismail Sabri tak langgar SOP – MKN

Ziarah kubur

Ziarah kubur : Ismail Sabri tak langgar SOP.Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa melakukan ziarah kubur ibu bapanya di Tanah Perkuburan Islam Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang hari ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, dakwaan tersebut tidak tepat dan Ismail Sabri masih patuh terhadap undang-undang yang dikuatkuasakan kerajaan.

Hal itu kerana, tiada SOP khusus berkenaan aktiviti ziarah kubur melainkan ia hanya berkuat kuasa semasa Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha, baru-baru ini.

“Tiada SOP mengenai ziarah kubur. Macam mana boleh ada pihak mendakwa Perdana Menteri melanggarnya? SOP ini hanya ketika musim perayaan sahaja.

“Luar daripada konteks itu, aktiviti ziarah kubur masih boleh dilakukan oleh sesiapa asalkan mematuhi SOP seperti penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, menjaga kebersihan, mencuci tangan.

Ziarah kubur

“Yang penting, ia mestilah tertakluk dengan SOP am yang diterbitkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dakwaan terhadap Ismail Sabri hadir selepas gambarnya tular di media sosial yang menziarah kubur kedua orang tuanya ketika dalam perjalanan menghadiri beberapa program di Parlimennya di Bera selepas dilantik sebagai ketua kerajaan, baru-baru ini.

Dalam gambar yang tular itu, beliau dilihat sedang menadah tangan berdoa bersama empat individu dengan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.

Semakan Utusan Malaysia di ruangan komen Facebook mendapati, beberapa pengguna mendakwa Ismail Sabri melanggar SOP dan undang-undang, wujud amalan dua darjat antara orang biasa dan golongan kenamaan.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu masih Perdana Menteri mengumumkan aktiviti ziarah hari raya dan ziarah tanah kubur dilarang.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/ziarah-kubur-ismail-sabri-tidak-langgar-sop-mkn/

BACA: [Video] Kanak-kanak nyaris ditimpa kipas syiling jatuh tiba-tiba

CATEGORIES