Panas !!! Varian Mu kini merebak ke 39 negara, ini apa yang anda perlu tahu..

Varian Mu kini merebak ke 39 negara, ini apa yang anda perlu tahu..SELEPAS pelbagai varian dikenal pasti susulan daripada pandemik COVID-19, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini mengesan satu lagi varian baharu dinamakan sebagai Varian Mu.

Bagaimanapun, varian yang pertama kali dikesan di Colombia pada Januari 2021 itu, masih diklasifikasikan sebagai ‘Variant Of Interest’ (VOI).

Setakat ini, beberapa VOI dikesan di Malaysia, antaranya Varian Eta (B.1.525); dan
Varian Kappa (B.1.617.1).

Selain VOI, Variant of Concern (VOC) turut dilaporkan di negara ini membabitkan Varian Beta (B.1.351); Varian Alpha (B.1.1.7); dan Varian Delta (B.1.617.2).
Berikut mengenai Varian Mu:

– WHO klasifikasikan varian Mu atau B.1.621 sebagai VOI.

Varian Mu

– VOI kelima yang dipantau oleh WHO. Empat lagi VOI: Eta, Iota, Kappa dan Lambda.

– Pertama kali dikesan di Columbia pada Januari 2021.

– Dilaporkan memiliki kemampuan genetik yang dapat mempengaruhi karakteristik virus iaitu tahap keparahan penyakit, kekebalan, penularan & kemampuan dikesan serta perawatan.

– Sejak 30 Ogos 2021, WHO senaraikan sebagai varian dalam pemerhatian selepas ia dikesan di 39 negara.

– Varian Mu dikesan di:

i. Amerika Syarikat

ii. Korea Selatan

iii. Jepun

iv. Ecuador

v. Kanada

vi. Beberapa bahagian Eropah

– Kira-kira 2,000 kes Varian Mu dikesan di Amerika Syarikat setakat ini. Sebilangan besar kes direkod di California, Florida, Texas & New York.

– Setakat ini, kurang daripada 0.1 peratus jangkitan COVID-19 di seluruh dunia dikesan Varian Mu.

– Dianggap berpotensi lebih kecil daripada varian Delta atau Alpha yang diletakkan sebagai VOC.

– Potensi kebal terhadap vaksin:
i. WHO jelaskan varian Mu ada mutasi yang menunjukkan kemungkinan untuk mengatasi sistem imun.

ii. WHO maklumkan lebih banyak kajian diperlukan untuk memahami ciri-ciri Varian Mu.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/varian-mu-telah-merebak-ke-39-negara-ini-apa-yang-diketahui-setakat-ini-318012

BACA: Panas !!! Ini kisah sebenar 1Bestarinet hingga Maszlee dipecat

Artikel ini disiarkan pada 05/09/2021

COMMENTS