Panas !!! Umno bayangkan Ismail Sabri hadapi tugas sukar

Oleh MHDAILY

Umno bayangkan Ismail Sabri hadapi tugas sukar.Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memikul tanggungjawab sangat berat dalam memulakan tugas baharunya itu.

Dalam ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Bera itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sehubungan itu seluruh kepemimpinan parti itu akan membantu Ismail Sabri yang juga merupakan Naib Presiden UMNO.

โ€œTahniah setinggi-tingginya kepada Datuk Seri Ismail Sabri kerana telah dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป
SAMBUNGAN ARTIKEL ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

โ€œBeliau akan memulakan tugas dengan tanggungjawab yang sangat berat dan mencabar dalam waktu yang sangat luar biasa. Insya-Allah seluruh kepemimpinan parti akan membantu dan mendokong dengan sebaiknya kepemimpinan beliau,โ€ katanya dalam kenyataan hari ini.

Umno

Ismail Sabri dijadualkan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan hari ini di Istana Negara.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan Ahli Parlimen Bera itu dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan.

Ia selepas Ismail Sabri berjaya mengumpul jumlah Surat Akuan (SD) tertinggi iaitu dengan 114 sokongan sekali gus mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia Kesembilan.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/ismail-sabri-pikul-tanggungjawab-berat/

BACA:ย Terkini !!! Ismail selesai angkat sumpah PM ke-9