Panas !!! Ulamak Pas ‘sound’ Pemuda Umno, usah berlagak sombong

Panas !!! Ulamak Pas ‘sound’ Pemuda Umno, usah berlagak sombong

Seorang ulamak kanan PAS yang dikatakan banyak kontroversi di laman sosial, beliau hari ini ‘mentarbiah’ pemuda Umno berhubung isu hubungan di antara kedua-dua parti yang ketika ini dilihat tidak menentu.

Mokhtar Senik yang merupakan anggota Jawatankuasa Ulama PAS Pusat berkata, apabila Tuhan memberi peluang untuk sesuatu pihak menjadi insaf, peluang tersebut perlu direbut segera.

Peluang itu juga kata Mokhtar berupa kesempatan mengenal rakan dan lawan.

Oleh itu, beliau juga mengingatkan bahawa kesombongan hanya akan mengundang kehinaan kepada pihak terbabit.

“Ingat, sekali lagi kita sengaja menyombongkan diri atas peluang yang Allah beri maka Allah akan timpakan kehinaan tiada lagi kemuliaan yang tersisa dan berbaki,” katan ulama Pas.

Kenyataan itu disiar laman sosial Facebook Mokhtar Senik yang memetik kenyataan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Laporan portal itu bertajuk “60 tahun Umno bertanding sendiri, tak ada masalah nak menang: Asyraf” yang melaporkan pandangan pemimpin kanan Umno menjelang pilihan raya negeri (PRN) di Melaka pada bulan depan.

Laporan Agendadaily itu menyatakan Umno dan BN tidak berdepan masalah untuk memenangi PRN Melaka walaupun perlu bergerak tanpa kerjasama parti lain.

“Kita (Umno) telah bertanding sendiri selama lebih 60 tahun sebagai BN.

“Atas asas itu, saya tak fikir kita akan berdepan masalah sangat (untuk melakukannya),” katanya.

PAS kini bertegas mahu mempertahankan kerjasama mereka dengan Umno dalam Muafakat Nasional dan pada masa sama kekal dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN).

Pada masa sama Umno pula bertegas enggan bekerjasama dengan Bersatu yang dipimpin oleh bekas timbalan presiden mereka.

Umno juga pernah memberi gambaran bahawa parti itu terkilan dengan tindakan PAS membuat keputusan sendiri untuk menyertai PN walaupun ketika itu mereka sudah memeterai piagam bersama.

Baca Juga : Politik Malaysia akan ada jajaran politik baru selepas Umno dan Bersatu berpisah

Mokhtar Senik persoal kerajaan kemana menghilang bajet sekolah pondok?

Panas !!! Mokhtar Senik doakan agar muka ‘mereka’ hitam terpinga-pinga

CATEGORIES