Tular video warga China dakwa 50 kali diperas ugut polis

Oleh MHDAILY

Tular video warga China dakwa 50 kali diperas ugut polis Malaysia. Seorang lelaki warga China yang memuat naik satu klip video menerusi laman Youtube diminta tampil untuk membuat laporan selepas mendakwa dirinya diugut oleh polis sebanyak 50 kali di dalam video tersebut.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pihaknya memandang serius dakwaan tersebut dan menegaskan beliau tidak akan berkompromi terhadap anggota dan pegawai yang menyalahgunakan kuasa.

“Video yang tular dalam media sosial Youtube berdurasi 41 minit 51 saat dimuat naik pada 3 Februari lalu, telah dilihat sebanyak 46,142 kali dan mengandungi sebanyak 276 komen memaparkan seorang warganegara China menyatakan bahawa dirinya telah diperas ugut oleh polis di Malaysia lebih kurang 50 kali,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Baca Artikel Penuh