Panas !!! Tular video Timb Speaker Dewan Rakyat ‘kenduri’ durian

Tular video Timb Speaker Dewan Rakyat ‘kenduri’ durian

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon menafikan dakwaan dia melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana menghadiri ‘kenduri durian’ baru-baru ini.

Sebaliknya, Mohd Rashid ketika dihubungi Malaysiakini berkata rakaman tersebut adalah video lamanya sebelum PKP, iaitu pada tahun lepas.

Tular video

“Tak adalah, itu (video) lama kot.

“Saya ingat (video) tahun lepas punya, sebelum PKP,” katanya ringkas

Mohd Rashid berkata demikian mengulas rakamannya hadir dalam satu majlis kenduri durian.

Terdahulu, seorang pengguna akaun Facebook Kak Ida Abdullah memuat naik satu rakaman majlis kenduri durian dengan kehadiran wakil rakyat yang didakwanya sebagai timbalan speaker.

“Pagi-pagi bikin darah menyirap. Ya Allah tumbangkanah kerajaan sombong dan angkuh ini. Amin,” katanya pada kapsyen video yang dimuat naiknya, awal hari ini.

Video berdurasi 14 saat itu mendapat 10 komen dan 33 perkongsian, bersama dengan sekitar 1,400 tontonan.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan butiran lanjut daripada pengguna media sosial itu.

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/580928

Jika Anda Terlepas:Terkini !!! Parlimen akan bersidang dalam masa terdekat