Panas !!! Tular video remaja maut selepas divaksin di Sabah, ini penjelasan JKNS

Oleh MHDAILY

Pengarah Kesihatan Sabah, Dr Rose Nani Mudin menolak video tular yang mendakwa seorang remaja meninggal dunia selepas disuntik vaksin Covid-19 di Lahad Datu.

Beliau dalam kenyataan berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung rakaman video tular itu.

“Dakwaan tersebut tidak benar kerana Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan Pejabat Kesihatan Lahad Datu menafikan berlaku kematian seperti didakwa.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Tular video remaja maut selepas divaksin di Sabah, ini penjelasan JKNS

Dr Rose Nani Mudin berkata, perbuatan individu yang menyebarkan video itu boleh menimbulkan kebimbangan dan panik orang ramai, khasnya ibu bapa dan remaja yang bakal divaksin.

“Perbuatan individu berkenaan boleh menimbulkan perasaan panik dan kebimbangan orang ramai, terutamanya ibu bapa dan remaja yang bakal menerima suntikan vaksin,” katanya sambil menyeru orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan tidak benar mengenai vaksin.

Berdasarkan pemantauan JKNS katanya, 80% hingga 90% pesakit di Unit Rawatan Rapi adalah individu yang belum divaksin.

“JKNS menyeru ibu bapa dan penjaga segera mendaftar remaja di bawah jagaan mereka untuk mendapatkan vaksin demi perlindungan diri dan keluarga.”

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/29/tak-benar-remaja-meninggal-selepas-divaksin-kata-pengarah-kesihatan-sabah/

BACA JUGA : Artikel Sajat : Wartawan Harakah mohon maaf kepada Mujahid