Panas !!! Tular surat kebenaran operasi pusat judi pula

Panas !!! Tular surat kebenaran operasi pusat judi pula

Tular surat kebenaran operasi pusat judi pula

Kementerian Kewangan (MOF) menafikan pihaknya memberi kelulusan kepada Operator Perjudian Berlesen untuk mula beroperasi pada 30 Jun ini, seperti surat yang telah disunting dan tular di aplikasi WhatsApp.

Tular surat

MOF melalui kenyataan dikeluarkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pada Selasa menjelaskan, pihaknya tidak mengeluarkan surat berkenaan yang didakwa bertarikh 25 Jun lepas, sebaliknya semua Operator Perjudian Berlesen telah diarahkan untuk tutup operasi sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.

MOF juga menegaskan bahawa tiada sebarang kelulusan diberikan kepada operator perjudian berlesen untuk beroperasi dalam tempoh Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara.

Berita  Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/147135/BERITA/Nasional/MOF-nafi-beri-kelulusan-operasi-kepada-Operator-Perjudian-Berlesen

Jika Anda Terlepas:Doktor Indonesia perlu dapat suntikan ketiga dos vaksin