Panas !!! Tular poster Azmin bakal tarik sokongan jika tak jadi TPM, ini penjelasan Baru Bian

Oleh MHDAILY

Tular poster Azmin bakal tarik sokongan jika tak jadi TPM, ini penjelasan Baru Bian.

Ahli Parlimen Selangau menafikan dirinya membuat pendedahan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama 10 ahli Parlimen akan menarik sokongan dari kerajaan baharu jika tidak diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Baru Bian menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Beliau juga menyatakan dirinya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya membuat pendedahan Azmin akan membawa 10 orang MP keluar sekiranya tidak diberi jawatan TPM.

“Saya juga ingin menegaskan sekali lagi saya bukan sebahagian daripada kumpulan Azmin,” tegasnya.

Azmin

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ba’kelalan keluar PKR pada Mei 2020 dan menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Ketika dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) dari Mei 2018 sehingga jatuh pada Februari tahun lalu, beliau dilantik sebagai Menteri Kerja Raya oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Selepas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan pada 21 Ogos lalu, tular satu poster bertajuk, “Jangan Percaya Azmin” di media sosial.

Poster itu memaparkan gambar beliau dan Azmin dengan tulisan, “Azmin Ali akan bawa keluar 10 orang MP bersamanya jika dia tidak dilantik sebagai TPM. Ini taktik yang sama dia gunakan selepas beliau marah dengan Anwar Ibrahim”.

Berita penuh : https://malaysiagazette.com/2021/08/23/baru-bian-nafi-azmin-tarik-sokongan-jika-tak-dilantik-tpm/

Baca Juga : Tiada kerajaan perpaduan dengan pembangkang – Ismail Sabri