Panas !!! Tokoh ulamak Pas Perak pula disingkirkan dari pemilihan parti

Mesyuarat Agung Pas Kawasan Tanjong Malim membuat kejutan besar apabila tokoh ulamak Pas Perak, Ustaz Mohd Tarmizi Abd Rahman disingkirkan dalam pemilihan yang berlangsung.

Beliau kecundang kepada Mohd Faiz Hj Zainal yang dikatakan menjadi seteru utama Mohd Tarmizi di peringkat kawasan.

Sejurus kekalahan tersebut, Mohd Tarmizi menzahirkan kekecewaannya dan mengucapkan selamat tinggal kepada Pas Kawasan Tanjong Malim.

“Selamat tinggal Pas Kawasan Tanjong Malim.” luah beliau di laman Facebook.

Tambahnya di ruangan komen, beliau akan menumpukan Pondok Mualim yang diusahakannya.

Kata beliau, Pondok Muallim sangat dibenci oleh kepimpinan Pas Kawasan Tanjong Malim yang baru.

Berikut adalah kepimpinan baru Pas Kawasan Tanjong Malim sesi 2021-2023 :

  • Yang Di-Pertua PAS Kawasan : Ustaz Mohd Faiz Hj Zainal
  • Timb Yang Di-Pertua PAS Kawasan : Ustaz Dr Khaled Mat
  • Naib Yang Di-Pertua PAS Kawasan : Ustaz Sayed Zamzuri Sayed Nengah

Tokoh ulamak Pas Perak pula disingkirkan dari pemilihan parti

Faiz Zainal telah menewaskan tokoh ulamak Pas, Ustaz Tarmizi

BACA JUGA : Panas !!! DAP tolak Norhizam sertai PRN Melaka

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Panas !!! Tokoh ulamak Pas Perak pula disingkirkan dari pemilihan parti […]