Panas !!! Tak sampai 24 jam, hampir 100,000 sertai petisyen minta Azmin letak jawatan

Oleh MHDAILY

Selepas satu hari sahaja berlalu, hampir 100,000 telah menandatangani petisyen bagi mendesak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tugasnya sebagai Menteri Kanan Ekonomi.

Petisyen yang dibuat melalui Change.org itu kini mendapat 95,070 tandatangan dengan hanya satu sebab sahaja diberikan, “Gagal berfungsi sebagai Menteri Kanan yang diharapkan. Titik!”

Petisyen itu yang dimulakan semalam oleh “Kerajaan Gagal” melalui www.change.org/p/azmin-ali-azminletakjawatan kini sedang meningkat dengan ketara.

Ia bermula apabila Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang dipimpin Azmin meluluskan kilang arak Carslberg untuk beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Penuh dikemukakan oleh kerajaan.

Walaupun Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri telah membatalkan keputusan itu kemudiannya, lebih 128,000 kilang dikatakan mendapat kebenaran untuk beroperasi apabila MITI menjadi kementerian penyelaras kebenaran operasi kilang ini menyebabkan rakyat mula marah dan bimbang.

Media juga melaporkan berlaku bantahan di kalangan menteri lain dalam Majlis Keselamatan Negara (MKN) kenapa begitu banyak kilang yang dibenarkan beroperasi padahal kerajaan mengisytiharkan Total Lockdown.

Kenyataan Ismail menerusi facebook beliau “Saya telah tutup pintu depan, tapi…..” telah menimbulkan lagi banyak spekulasi tentang Azmin, bekas timbalan Presiden PKR yang khianat ini.

South China Morning Post (SCMP) sebuah media antarabangsa yang berpangkalan di Hong Kong juga melaporkan serangan ke atas Azmin yang mengetuai “Half baked Lock Down” atau “PKP Penuh separuh masak” ini.

Menurut SCMP, orang ramai marah kerana tindakan membenarkan kilang yang bukan keperluan asas (non-esential busineses) beroperasi akan menyebabkan sistem penjagaan kesihatan akan lumpuh.

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/selepas-sehari-hampir-100000-sudah-sertai-petition-azmin-letak-jawatan/