Panas !!! Sudah dua kali Peguam Negara derhaka titah Agong

Sudah dua kali Peguam Negara derhaka titah Agong.Pakatan Harapan (PH) menyifatkan tindakan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun yang memutuskan tiada keperluan keabsahan pelantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi usul undi percaya dilakukan sebagai menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menerusi kenyataan Majlis Presiden PH, tindakan Tan Sri Idris Harun ini dianggap sebagai biadab, melanggar semangat Perlembagaan Persekutuan dan melanggar serta menderhaka terhadap Seri Paduka Baginda.

“Ini merupakan kali kedua Peguam Negara menderhaka terhadap Seri Paduka Baginda yang dianggap mengecewakan dan beliau tidak layak memegang jawatan tersebut, maka, kami mendesak agar beliau meletakkan jawatan kerana bukan sahaja menderhaka, malah mengkhianati Perlembagaan Persekutuan dan sistem demokrasi berparlimen.

“PH menjunjung titah Seri Paduka Baginda agar usul undi percaya perlu dikemukakan dan diluluskan untuk mengabsahkan PM ke-9 mempunyai majoriti ahli Dewan Rakyat 13 September ini.

“PM juga dinasihatkan tidak mengguna pakai nasihat Peguam Negara yang salah ini sekiranya tidak mahu mengikut jejak langkah mantan PM ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengakibatkan ketidakstabilan politik apabila keabsahan beliau sentiasa diragui dan dipertikai,” kata mereka dalam satu kenyataan hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Jabatan Peguam Negara memutuskan tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri dan kerajaan dibentuk menerusi usul undi pecaya di Parlimen.

Sudah

Malah, Tan Sri Idrus Harun berkata, proses pemilihan tersebut telah dijalankan oleh Seri Paduka Baginda secara telus yang dilihat sebagai sah menurut kehendak Perlembagaan Persekutuan.

Jelas Idrus Harun, sekiranya pelantikan masih memerlukan keabsahan oleh mana-mana pihak selain Seri Paduka Baginda, bermakna kuasa mutlak Seri Paduka Baginda boleh diatasi pihak lain.

Tambah Majlis Presiden tersebut, tindakan Idrus Harun dilihat tiada kewarasan apabila menidakkan titah tersebut kerana beliau sendiri menghadiri dan mensaksikan titah Seri Paduka Baginda sewaktu sesi menghadap.

Jelasnya lagi, pelantikan Perdana Menteri oleh Seri Paduka Baginda untuk menggantikan Perdana Menteri terdahulu dan mengemukakan usul undi percaya adalah tindakan yang mempunyai duluan (precedent), malah pernah berlaku sebelum ini.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/berita/2021/09/dua-kali-peguam-negara-derhaka-agong-ph/

BACA: Panas !!! Varian Mu kini merebak ke 39 negara, ini apa yang anda perlu tahu..