Panas !!! Siapa dapat hasil balak lepas ceroboh tanah untuk tanam Musang King?

Panas !!! Siapa dapat hasil balak lepas ceroboh tanah untuk tanam Musang King?

Siapa dapat hasil balak lepas ceroboh tanah untuk tanam Musang King? .Kenyataan amaran pada ‘notis’ yang terlalu ‘berhemah’ dan ‘tak tegas’ mungkin menjadi antara punca utama, pencerobohan tanah kerajaan oleh pekebun durian ‘Musang King’ di daerah ini sukar dibendung.

Perkara itu ditegaskan oleh aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli ketika membuat lawatan kerja ke sini petang tadi. Beliau sempat meninjau beberapa buah kebun ‘Musang King’ termasuk yang sedang dimusnahkan oleh pengusahanya.

“Saya luangkan masa bertemu dengan beberapa orang pekebun untuk mengetahui lebih lanjut tentang kontroversi ini. Saya ditunjukkan oleh salah seorang dari mereka satu Notis Pendudukan Tanah Kerajaan Tanpa Kebenaran Pihak Berkuasa Negeri yang dikeluarkan oleh pejabat Pentadbir Tanah Raub bertarikh 27 Julai 2020,” katanya.

balak

Menurut Shukri, notis tersebut nampak terlalu ‘lembut’, mungkin menjadi punca pekebun langsung tidak ‘menghormati’ arahan yang dikeluarkan.

Sebelum ini Kerajaan Negeri Pahang telah mengeluarkan kenyataan yang lebih tegas. Malah, Kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan perkara ini dan pencerobohan akan diambil tindakan mengikut undang-undang berdasarkan peruntukan Seksyen 425, Kanun Tanah Negara 1965.

“Malah Jika disabitkan kesalahan pihak berkenaan (penceroboh) boleh dikenakan denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Bagi pencerobohan di hutan simpan, penceroboh boleh didakwa mengikut Seksyen 47, Akta Perhutanan Negara 1984 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut Shukri lagi, kerajaan negeri amat memandang serius isu penerokaan dan penanaman durian di atas tanah kerajaan dan hutan simpan yang masih berleluasa hingga kini.
Namun anehnya pada perenggan ketiga notis oleh Pentadbir Tanah Raub berbunyi :-

“PENTADBIRAN INI TIDAK BERHASRAT UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN MENGIKUT KUAT KUASAAN SESYEN TERSEBUT TETAPI ADALAH MEMADAI SEBALIKNYA JIKA TUAN SENDIRI BERHENTI MENGUSAHAKAN / MEMUSNAHKN BINAAN (JIKA ADA) DAN HENDAKLAH MENINGGALKAN KAWASAN ITU DALAM TEMPOH 30 HARI DARIPADA NOTIS INI DIKELUARKAN” rujuk salinan notis berkenaan di page beliau di sini

“Kenapa pihak terbabit (Pentadbir Tanah Raub) tidak terus mengambil tindakan tegas agaknya? Ini yang memusykilkan dan sedang saya kaji dari segala aspek,”

“Bayangkan jika mahu merobohkan premis haram yang dibina oleh orang Melayu bangsa sendiri, mereka begitu berani membuat tindakan tegas tapi bila berhadapan dengan penceroboh haram tanah kerajaan ayat yang amat sivik dan protokol digunakan. Patutlah penceroboh sedikit pun tidak takut dengan amaran yang dibuat selama ini. Sebabnya tindakan undang-undang yang terlalu berhati-hati, seolah-olah ada sesuatu yang tak kena untuk mereka buat tindakan atau tidak,” dakwa Shukri lagi.

Beliau turut menggesa Kerajaan Negeri Pahang tubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat sekiranya berlaku ‘ unsur penyelewengan’ yang menyebabkan pencerobohan mencecah 11,000 ekar tanah kerajaan boleh berlaku sekian lama di Raub. Ini kerana katanya, mungkin ada pihak yang berkepentingan terlibat sehingga isu ini gagal ditangani secara betul. Mereka harus disiasat walau pun sudah bersara sekarang.

Katanya, mana mungkin tiada pemantauan atau penguatkuasaan oleh pihak berwajib.

“Mana pergi pejabat yang memainkan peranan menjaga hal ehwal tanah dan hutan di Raub?. Jika hutan ditebang, siapa yang keluarkan kayu balak haram terbabit? Tak kanlah berpuluh tahun pihak berkuasa di Raub tidak nampak apa yang berlaku? Saya takut macam isu mesin judi di Sungai Buloh, sekian lama berlaku sebab ada orang dalam PBT yang khianat,”

“Justeru perkara ini perlu disiasat, jangan hanya menyalahkan penceroboh 100%. Sebab jika tiada ‘greenlight’ atau ‘dalang’ mana mungkin tanah kerajaan seluas itu boleh diteroka secara haram tanpa ada apa-apa tindakan oleh pihak berkuasa. Mereka yang terlibat perlu dibawa ke muka pengadilan,” kata beliau dengan tegas.

Apa pun beliau turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail kerana bertindak serius dalam isu ini. Dalam masa yang sama beliau
berharap isu pencerobohan tanah lain juga perlu diberi perhatian, bukan sahaja tanaman ‘Musang King’ tapi projek haram lain juga perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan. #pahangdaily

Sumber:

jika Anda terlepas: Apa rasionalnya tebang 200 pokok Musang King yang sedang lebat berbuah?