Panas !!! Shafie Apdal dedah punca sebenar Naib Presiden keluar parti

Datuk Seri Shafie Apdal tidak terkejut dengan keputusan Naib Presiden Warisan Datuk Peter Anthony keluar daripada parti itu, sebaliknya menjelaskan tindakan berkenaan disebabkan kes mahkamah dihadapi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap itu.

Sambil menyangkal dakwaan Peter bahawa Warisan sudah tersasar daripada perjuangan asal kerana melebarkan sayap ke Semenanjung, Presiden Warisan juga menjelaskan Peter sudah beberapa kali menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu.

“Bukan satu perkara yang mengejutkan dan saya bersimpati kerana beliau sudah beberapa kali menyatakan hasratnya berikutan kes mahkamah yang dihadapinya.

Panas !!! Shafie Apdal dedah kenapa Naib Presiden keluar parti

Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal yakin Warisan akan kekal kukuh dan berpegang kepada nilai-nilai murni yang menjadi asas kepada perjuangan parti untuk membela nasib seluruh rakyat di negara ini khususnya di Sabah.

“Tindakan ADUN Limbahau Juil Nuatim juga mendukacitakan kerana terpengaruh dengan Peter yang menyebabkannya mengambil keputusan tergesa-gesa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 14 Disember lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Peter membela diri atas pertuduhan memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrikal (ME) di universiti itu pada 2014.

Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Peter, 50, yang juga bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, pada akhir kes pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 3 hingga 7 Januari depan untuk tertuduh membela diri.

Mengulas lanjut, Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata keputusan melebarkan sayap parti ini dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi dan Perhimpunan Agung Tahunan Warisan pada 12 Disember lalu.

“Ketika itu, seluruh Ahli Majlis Tertinggi dan ahli parti menyokong penuh langkah berkenaan,” katanya.

Menurut beliau, Warisan akan terus memperjuangkan hak-hak Sabah dan Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang belum lagi dikembalikan seperti pengagihan kekayaan yang saksama, kadar royalti minyak yang lebih baik dan hak wilayah Sabah ke atas pelantar benua.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata, Warisan akan kekal kukuh dan berpegang kepada nilai-nilai murni yang menjadi asas kepada perjuangan parti untuk membela nasib seluruh rakyat di negara ini khususnya di Sabah.

Mengulas lanjut Shafie berkata, keputusan Peter untuk menubuhkan parti baharu pelbagai kaum dan bekerjasama dengan Gerakan Rakyat Sabah hanya akan memecahbelahkan lagi rakyat negeri itu dan masyarakat di pedalaman.

BACA JUGA : Guna duit haram bantu mangsa banjir?, Akhirnya Baby Shima bersuara
Setelah UFO dilihat masuk kawah gunung berapi ini, pakar percaya itu markas mereka

CATEGORIES