Panas !!! Semenanjung Gaza kembali diserang oleh Israel

Oleh MHDAILY

Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza, demikian menurut beberapa laporan sekali gus serangan pertama selepas kerajaan campuran baharu memerintah Israel.

Serangan udara itu tercetus hanya beberapa minggu selepas konflik 11 hari antara kedua-dua belah pihak berakhir.

Bunyi letupan kedengaran di berbilang lokasi di Gaza sekitar pukul 1 pagi (waktu tempatan) hari ini, demikian menurut laporan agensi berita AFP dan Reuters, manakala sebuah stesen radio pergerakan Hamas menyatakan, serangan udara itu menyasarkan sebuah kem latihan pejuang Palestin.

Baca Artikel Penuh