Selangor kaut untung dari vaksin?, Ini penjelasan MB

Selangor kaut untung dari vaksin?, Ini penjelasan MB. Menteri Besar Amirudin Shari menafikan kerajaan negeri “mencuri” vaksin daripada mana-mana pihak termasuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) untuk memenuhi Program Vaksin Selangor (SelVAX).

Beliau berkata, sebaliknya kerajaan negeri sudah memulakan rundingan dengan pihak pembekal untuk memperoleh 2.5 juta dos vaksin bagi Program SelVAX sejak Januari lalu.

Katanya, justeru kerajaan negeri akan memastikan Program SelVAX mendapat bekalan vaksin Sinovac mencukupi untuk rakyat Selangor.

“Kita bincang dengan pembekal vaksin Sinovac pada Januari dan Februari tetapi Jun baru diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan Kementerian Kesihatan (KKM). Jadi tidak timbul isu Selangor ‘mencuri’ atau mengambil stok vaksin disediakan untuk kerajaan persekutuan.

kaut untung

“Saya berharap dengan adanya Program SelVAX akan membantu Selangor mencapai kadar imuniti kelompok lebih awal iaitu pada Oktober ini,” katanya pada sidang media selepas meninjau proses vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) SelVAX di Tropicana Garden Mall, hari ini.

Tropicana Garden Mall adalah PPV terbesar bawah Program SelVAX dengan kemampuan suntikan vaksin 16,000 dos sehari selepas mula beroperasi hari ini.

Terdahulu, Amirudin mengumumkan kerajaan negeri memperuntukkan 2.5 juta dos vaksin untuk menjayakan Program SelVAX termasuk 500,000 dos vaksin Covid-19 diperuntukkan dalam Program SelVAX Komuniti.

Manakala, dua juta dos vaksin kepada sektor industri menerusi Program SelVAX Industri membabitkan sejuta pekerja termasuk pekerja asing.

Sementara itu, Amirudin berkata pihaknya bersedia mempertimbangkan pemberian vaksin kepada golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun jika ada lebihan selepas Selangor mencapai imuniti kelompok.

Beliau berkata, Selangor juga sedia memberikan vaksinnya kepada negeri lain jika mereka sudah mencapai imuniti kelompok.

Ditanya mengenai dakwaan Pengerusi BN Selangor Noh Omar bahawa kerajaan negeri cuba mengaut keuntungan dengan menjual vaksin kepada pihak industri, Amirudin menjelaskan harga ditawarkan adalah berpatutan dan lebih murah berbanding program lain di negara ini.

“Sebenarnya harga ditawarkan kepada pihak industri adalah amat berpatutan kerana kita sudah memberikan sejumlah subsidi. Harga dikenakan mengambil kira kos pembotolan dan 5,000 petugas, penyediaan PPV dan sebagainya,” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/30/selangor-curi-vaksin-kerajaan-persekutuan-tiada-isu-kata-mb/

BACA JUGA : Lebih 700 ribu warga emas belum dapat vaksin